Permohonan Skim Cakna Suri 2023 Online (Semakan Status)



Permohonan Skim Cakna Suri 2023 Online (Semakan Status)|ANDA ingin mohon Skim Cakna Suri 2023? Perhatian buat anda suri rumah yang menetap di negeri Kelantan dan mempunyai pendapatan isi rumah RM2000 dan ke bawah. Untuk makluman anda, permohonan Skim Cakna Suri 2023 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 23 hingga 31 Januari 2023. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Skim Cakna Suri 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Skim Cakna Suri 2020 Online (Semakan Status)


Sedia maklum, pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan satu skim bagi menghargai suri rumah Skim Cakna Suri 2020. Skin ini diperkenalkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2020. Menerusi Skim Cakna Suri, suri rumah yang layak akan menerima bantuan one-off RM100 daripada kerajaan negeri.


Permohonan Skim Cakna Suri 2023 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Skim Cakna Suri termasuk syarat kelayakan dan semakan status:


Cara Permohonan Skim Cakna Suri 2023 Online

Suri rumah yang berminat untuk memohon boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:

1. Layari pautan ini untuk dimuat turun https://drive.google.com/drive/folders/12OcWNI1Hl7_9ddERCWCaA4E4o9EkVYL6?usp=sharing&fbclid=IwAR2BhpFYjfstFVHUz6lVrzFMcOoq9KtbVtS2QRndcFqnk2hxrDcFvCpjS6E

2. Klik butang ‘Next.’

3. Kemudian, isikan maklumat setiap paparan dengan lengkap dan klik butang ‘Next’ di bawah.

4. Bagi paparan terakhir, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.


Syarat Kelayakan Skim Cakna Suri 2023

Antara Syarat Kelayakan Skim Cakna Suri adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah suri rumah sepenuh masa.

2. Pemohon berumur 54 tahun dan ke bawah.

3. Pemohon mempunyai 2 orang anak atau lebih di bawah tanggungan.

4. Pemohon menetap di negeri Kelantan.

5. Pendapatan isi rumah pemohon adalah RM2000 dan ke bawah.

6. Bukan penerima Skim Cakna Suri tahun 2022.


Semakan Status Skim Cakna Suri 2023 Online

*Akan dikemaskini

Permohonan Skim Cakna Suri 2023 Online (Semakan Status)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Skim Cakna Suri, sila hubungi melalui whatsapp Unit Pembangunan Keluarga di talian 013-983 6915.

Semoga perkongsian Permohonan Skim Cakna Suri 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.