Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor 2023 Online (Borang)



Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor 2023 Online (Borang)|APA itu Skim Peduli Sihat Selangor? Berita baik buat anda lahir dan menetap di Negeri Selangor yang berkelayakan membuat permohonan Skim Peduli Sihat Selangor. Untuk makluman anda, permohonan Kad Peduli Sihat Selangor 2023 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi Peduli Sihat. Berikut dikongsikan Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor 2023 buat rujukan anda.

Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor 2021 Online (Borang)


Sedia maklum, Skim Peduli Sihat Selangor telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak bulan Disember 2016. Matlamat skim ini diwujudkan adalah bagi memastikan penduduk Negeri Selangor sentiasa dalam keadaan sihat dan produktif. Skim Peduli Sihat ini diuruskan Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator dengan membiayai rawatan kesihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.


Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor 2023 Online (Borang)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Kad Peduli Sihat Selangor termasuk syarat kelayakan permohonan:

Borang Permohonan Peduli Sihat Selangor 2023 Online

1. Pertama kali, anda perlu muat turun Borang Pendaftaran Kad Skim Peduli Sihat Selangor menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 PEDULI SIHAT

2. Kemudian, isikan maklumat borang permohonan yang diperlukan dengan lengkap.

3. Scan dokumen lampiran dalam bentuk format PDF.

4. Hantar borang yang telah diisi ke Pejabat ADUN yang berdekatan atau provider@pedulisihat.com

5. Bagi yang ingin mengisi borang secara manual boleh dimuat turun DISINI.

Syarat Kelayakan Kad Peduli Sihat Selangor 2023

Terdapat 2 kategori pemohonan iaitu Keluarga atau Individu:

Untuk kategori A iaitu keluarga, pemohon mestilah;

◾Warganegara Malaysia
◾Suami / isteri beserta anak-anak yang berkelayakan
◾Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
◾Pendapatan isi rumah antara RM3000 sebulan

Untuk kategori B iaitu individu, pemohon mestilah;

◾Berumur 21 tahun yang berkelayakan
◾Warganegara Malaysia
◾Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
◾Pendapatan isi rumah antara RM1500 sebulan

Senarai Dokumen Penting Yang Diperlukan

Berikut dikongsikan dokumen-dokumen penting yang diperlukan:

◾Borang pendaftaran Skim Peduli Sihat salinan kad pengenalan ( untuk ketua keluarga / individu )
◾Salinan kad pengenalan, mykid atau surat kelahiran ( untuk tanggungan isteri/anak-anak )
◾Salinan slip gaji/ pencen ( untuk penjawat awam dan pesara kerajaan )
◾Salinan penyata EA atau KWSP ( untuk pekerja swasta atau bekerja sendiri )


Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Status Kad Peduli Sihat Selangor

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Peduli Sihat Selangor, boleh menghubungi di:

SELGATE Corporation Sdn. Bhd
No. Telefon: 03 - 5525 6600
No. Faks: 03 - 5525 6900
Emel: info@pedulisihat.com

Selamat membuat Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat bantuan Peduli Sihat Selangor!

No comments

Powered by Blogger.