Cara Daftar i-Invest KWSP 2024 Online (Semakan Status)



Cara Daftar i-Invest KWSP 2024 Online (Semakan Status)|ANDA ingin daftar akaun i-Invest KWSP? Bagaimana cara daftar i-Invest KWSP bagi tahun 2024? Panduan buat anda pencarum KWSP yang berminat dan ingin ketahui cara daftar i-Invest KWSP tahun 2024. Berikut dikongsikan Cara Daftar i-Invest KWSP 2024 Online buat rujukan anda.

Cara Daftar i-Invest KWSP 2022 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, i-Invest merupakan salah satu platform layan diri atas talian di bawah Skim Pelaburan Ahli (SPA) KWSP yang membantu di dalam pengurusan pelaburan ahli dalam dana unit amanah yang diluluskan. Melalui i-Invest KWSP, ahli turut menikmati proses membuat keputusan yang lebih cekap, akses yang mudah bila-bila masa, caj perkhidmatan yang lebih rendah (kerana tidak melalui khidmat ejen), dan fungsi yang lebih banyak (boleh melihat semua pegangan pelaburan ahli).


Cara Daftar i-Invest KWSP 2024 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar i-Invest KWSP termasuk syarat kelayakan dan semakan status:


Pendaftaran i-Invest KWSP Online

A. Permohonan Melalui i-Akaun (Ahli)

1. Layari Portal Rasmi i-Akaun KWSP secara online di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.

2. Log masuk ke akaun anda. Pada menu utama, klik pada 'Pelaburan'.

3. Kemudian, pada bahagian 'Beli', klik pada IPD yang anda diinginkan.

4. Anda perlu sahkan transaksi untuk melengkapkan pelaburan.


Syarat Kelayakan Permohonan i-Invest KWSP 2024

Ahli KWSP yang boleh menggunakan kemudahan ini adalah seperti berikut:-

1. Ahli yang berumur kurang 55 tahun dan simpanan di Akaun 1 KWSP melebihi baki simpanan asas

2. Ahli yang berumur 55 tahun/Akaun Emas

Nota: Ahli yang telah mengeluarkan keseluruhan baki KWSP ketika mencecah umur 55 tahun tidak layak menggunakan kemudahan ini. Namun begitu, ahli boleh melaksanakan kemudahan ini ketika mencecah umur 60 tahun (Akaun Emas).


Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah merupakan senarai dokumen yang diperlukan:

A. Permohonan melalui ejen/kaunter IPD

- Dokumen Pengenalan Diri atau Pasport

- Borang Permohonan KWSP 9N (AHL) dan senarai semak dokumenPB. 

B. Permohonan melalui platform i-invest

- Ahli mendaftar sebagai pengguna i-Akaun (Ahli)

- Ahli mempunyai nombor yang berdaftar bagi penerimaan nombor TAC


Semakan Status i-Invest KWSP 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Status i-Invest KWSP secara online:

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan i-Invest KWSP, anda boleh melayari pautan di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/investment

Semoga perkongsian Cara Daftar i-Invest KWSP tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.