Senarai Kerja Part Time Online Untuk Students Malaysia (2024)



Senarai Kerja Part Time Online Untuk Students Malaysia 2024|ANDA ingin jana pendapatan dengan mudah dan boleh dilakukan hanya di rumah sahaja? Apakah kerja part time online di rumah yang boleh dilakukan oleh students Malaysia? Panduan buat anda pelajar Malaysia yang ingin dan berminat ketahui senarai kerja online part time di rumah. Berikut dikongsikan Senarai Kerja Part Time Online Untuk Students Malaysia tahun 2024 buat rujukan anda.

Senarai Kerja Part Time Online Untuk Students Malaysia 2022

Sedia maklum, memandangkan keadaan ekonomi yang tak menentu di Malaysia ini telah membuatkan ramai orang terjejas pendapatan hidup. Tambahan pula, kes menganggur di Malaysia telah meningkat tanpa diduga sejak negara kita dilanda krisis wabak COVID-19.


Senarai Kerja Part Time Online Untuk Students Malaysia (2024)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Kerja Part Time Online Untuk Students Malaysia tahun 2024:


Kerja Part Time Online 2024 Untuk Students Malaysia

1. Penulis Bebas (Freelance Writer)

Jika anda seorang memang jiwa menulis atau content writer, ada banyak sangat peluang pekerjaan untuk anda di luar sana. Hampir semua jenis perniagaan akan memerlukan penulis, oleh itu bina portfolio anda dan cari kerja penulisan yang bersesuaian dengan gaya anda.

2. Dropship

Apa itu dropship? Dropship ini anda perlu memasarkan produk syarikat / orang lain dan uruskan komunikasi dengan pelanggan saja. Anda tidak perlu risau tentang penghantaran sebab syarikat / orang tersebut yang akan uruskan. 

3. Pemasaran Afiliasi (Affiliate Marketing)

Jika anda mempunyai strategi pemasaran yang hebat, inilah kerja sambilan dari rumah yang mampu memberikan pendapatan yang lumayan dan amat mudah. Jika anda sudah jadi seorang ejen affiliate, anda akan dibayar komisyen antara 5% - 30% tau.

4. Perniagaan Makanan

Buat yang pandai dan suka memasak, rugi jika anda tidak cuba menjual aneka makanan masakan anda. Anda boleh cuba jual pelbagai makanan secara kecil-kecilan di gerai mahupun secara alam maya (online).

5. Pengulas Produk (Product Review)

Jika anda merupakan seorang yang berpengaruh dan mempunyai pengikut yang ramai di media sosial seperti laman Facebook, Instagram mahupun di TikTok, anda boleh cuba ambil peluang untuk jadi pengulas produk (product review) secara berbayar. Lagi ramai pengikut, lagi tinggi bayaran anda boleh terima. Lumayan tak?

6. Copywriter

Selain anda jadi sebagai pengulas produk, anda juga boleh cuba sebagai copywriter. Kerja ini amat sesuai untuk mereka yang pandai dan gemar menjual melalui gaya penulisan. Maksudnya apa yang anda tulis tentang sesuatu produk atau perkhidmatan servis akan menarik perhatian sesuatu prospek.

7. Youtuber/ Vlogger

Memandangkan teknologi dunia sekarang semakin maju dan canggih, anda boleh cuba jadi sebagai seorang YouTuber atau Vlogger di platform YouTube. Anda boleh cuba cipta pelbagai content video yang menarik seperti lifestyle, review makanan, travel dan sebagainya. Dari platform YouTube anda boleh jana duit sambilan dengan mendapatkan iklan berbayar "Google Adsense". Mudah kan!

8. Pembangun Aplikasi Mudah Alih (Mobile App Developer)

Kemahiran Mobile App Developer merupakan salah satu industri yang tengah pesat membangun sekarang dan mendapat permintaan tinggi orang ramai. Anda boleh cari kerja di syarikat secara online mahupun buat aplikasi sendiri yang menarik seperti aplikasi permainan (gaming) atau pembelajaran.

9. Editor Video

Kerja sebagai editor video sememangnya amat mudah kerana anda boleh lakukan di rumah sahaja. Kalau ada semua kelengkapan software seperti Adobe Premiere Pro dan Sony Vegas, anda boleh hasilkan video yang pelbagai dan menarik!

10. Pereka Grafik (Graphic Designer)

Selain itu, anda juga boleh buat kerja sambilan di rumah sebagai pereka grafik dengan menawarkan kemahiran membangun dan menyunting grafik yang ada. Bukan setakat di dalam Malaysia sahaja, anda hendak ke pasaran global pun boleh! Best tak!

Semoga perkongsian Senarai Kerja Part Time Online Untuk Students Malaysia 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.