Cara Daftar Raiz Invest Malaysia 2022 Online (Login)



Cara Daftar Raiz Invest Malaysia 2022 Online (Login)|ANDA ingin daftar akaun Raiz Invest? Bagaimana cara labur di Aplikasi Raiz Invest? Panduan buat anda yang ingin ketahui cara daftar dan labur Raiz Invest Malaysia tahun 2022. Berikut dikongsikan Cara Daftar Raiz Invest Malaysia 2022 Online buat rujukan anda.

Cara Daftar Raiz Invest Malaysia 2022 Online (Login)


Sedia maklum, Raiz Invest merupakan satu aplikasi mudah alih pelaburan mikro yang patuh syariah dan memanfaatkan duit baki secara maya daripada pembelian harian pengguna untuk melabur dalam dana harga berubah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berdasarkan portfolio pelaburan peribadi masing-masing. Selain itu, Raiz yang diperkenalkan oleh Raiz Malaysia Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat usaha sama antara anak syarikat PNB, Jewel Digital Ventures Sdn. Bhd. (JDV) dan Raiz Invest Australia Ltd. (Raiz Invest), anak syarikat Raiz Invest Limited yang disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX).


Cara Daftar Raiz Invest Malaysia 2022 Online (Login)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar Raiz Invest 2022 termasuk cara login dan syarat kelayakan:


Pendaftaran Akaun Raiz Invest 2022 Online

1. Layari laman web Raiz Invest secara online menerusi pautan di https://raiz.com.my/

2. Anda akan dibawa ke laman web rasmi Raiz Invest untuk Malaysia. Terdapat butang "Get The App". 

3. Anda dikehendaki melayari browser anda menggunakan telefon pintar, lalu tekan butang tersebut dan sistem akan membawa anda ke Google Play Store untuk Android, manakala App Store untuk iOS.

4. Kemudian, buka aplikasi Raiz. Slide sahaja ke kanan, atau tekan butang Next.

5. Terdapat ruangan untuk diisikan seperti Email Address dan Password.

6. Tekan dahulu link Terms & Conditions untuk membaca terma & syarat. Jika anda bersetuju, tekan butang "Create Account".

7. Seterusnya, anda akan diminta untuk mencipta nombor PIN untuk akaun anda.

8. Untuk laman seterusnya di bahagian Raiz Investment Account, anda akan menentukan jenis akaun pelaburan anda untuk Raiz Invest. Pada Spending Account, tekan butang Set Spending Account, untuk memasukkan nombor kad debit anda. 

9. Pada Spending Account, anda akan melakukan pelaburan di akaun Raiz Invest anda menggunakan kaedah round-up, di mana untuk setiap pembelian anda menggunakan kad debit yang mengandungi sen yang akan dimasukkan ke dalam akaun Raiz Invest anda untuk tujuan pelaburan.

10. Anda boleh menentukan cara anda ingin memasukkan wang anda ke akaun pelaburan selain daripada kaedah round-up, seperti kaedah recurring iaitu berulang kali untuk daily (setiap hari), weekly (sekali seminggu), dan juga monthly (sekali sebulan), atau lump sum, iaitu memasukkan sejumlah wang yang besar pada satu-satu masa sahaja.

11. Kemudian, tekan butang "Set Raiz Investments Account". Anda perlu isikan maklumat seperti Full Name, MyKad No, Date of Birth, Age, Gender dan H/P No.

12. Diruangan Security Question, pilih mana-mana soalan yang tertera. Tekan butang Next.

13. Pada paparan seterusnya, isikan ruangan pada Home Address, City, State/Province dan Post Code.

14. Kemudian, tick pada kenyataan di bawahnya sekiranya anda adalah warganegara Amerika Syarikat, penduduk tetap Amerika Syarikat atau mempunyai ID pembayar cukai di Amerika Syarikat.

15. Pada laman seterusnya, tick Yes sekiranya anda merupakan pemastautin cukai di kawasan selain daripada Malaysia. Jika tidak, tick No. Tekan butang Next.

16. Tekan link Platform Agreement Account Opening Agreement, Disclosure Agreement, dan Privacy Policy untuk membaca segala terma & syarat untuk pembukaan akaun serta mula melabur dengan Raiz Invest.

17. Seterusnya, isikan diruangan Employment, Employer, Net Worth, Timeframe (tempoh berapa lama anda ingin melakukan pelaburan), Reason to invest dan monthly income.

18. Anda dikehendaki untuk upload gambar hadapan MyKad anda sebagai bukti pengesahan. 

19. Dilaman seterusnya, aplikasi akan menyusun portfolio anda dan anda akan dicadangkan jenis portfolio pelaburan yang terbaik untuk anda.

20. Tekan I agree untuk menggunakan portfolio yang dicadangkan untuk anda ataupun anda tekan Change my Portfolio untuk menukar portfolio kepada mana-mana samada Conservative, Moderate mahupun Aggressive.

21. Anda akan diminta untuk memilih jumlah wang untuk memulakan pelaburan di akaun anda. Tekan butang Next.

22. Kemudian, tekan butang "Invest". Proses pendaftaran akaun anda selesai!


Syarat Kelayakan Daftar Raiz Invest 2022

Antara Syarat Kelayakan Daftar Raiz Invest 2022 adalah seperti berikut:

1. Mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun 

1. Warganegara Malaysia


Cara Login Akaun Raiz Invest 2022

1. Sila layari https://app.raiz.com.my/login untuk login akaun Raiz Invest.

2. Masukkan email dan password anda yang disahkan.

3. Klik LOGIN.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Raiz Invest, sila hubungi Pasukan Khidmat Pelanggan Raiz melalui Facebook Raiz atau di talian 03 - 2714 6114.

Semoga perkongsian Cara Daftar Raiz Invest Malaysia tahun 2022 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.