Cara Topup RFID Malaysia 2022 Online (Harga & Lokasi Pemasangan)



Cara Topup RFID Malaysia 2022 Online (Harga & Lokasi Pemasangan)|ANDA ingin topup RFID? Bagaimana cara untuk beli dan topup RFID Touch n Go? Perhatian buat rakyat Malaysia yang ingin ketahui cara topup RFID Malaysia menggunakan Touch n Go ewallet. Berikut dikongsikan Cara Topup RFID Malaysia 2022 buat rujukan anda.

Cara Topup RFID Malaysia 2022 Online (Harga & Lokasi Pemasangan)

Sedia maklum, bermula 15 Januari 2022, transaksi tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan dilaksanakan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan, dimana 2 kaedah pembayaran iaitu Touch n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat. TNG RFID merupakan sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio untuk melalui tol. Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang.


Cara Topup RFID Malaysia 2022 Online (Harga & Lokasi Pemasangan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Topup RFID Touch n Go termasuk lokasi pemasangan dan harga RFID 2022:


Cara Beli RFID Touch n Go Online

Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk topup RFID di Touch n Go eWallet:-

1. Pertama kali, buka akaun Aplikasi Touch n Go eWallet di telefon bimbit anda.

2. Pastikan anda sudah link RFID tag/sticker dengan akaun Touch n Go eWallet.

3. Kemudian, tekan pada “Reload eWallet” di bahagian homepage.

4. Masukkan jumlah/amaun sekurang-kurang RM10 keatas dan tekan pada “Reload eWallet”.

5. Seterusnya, terdapat dua pembayaran iaitu Credit/Debit Card dan FPX Online Banking.

6. Kalau pilih Credit/Debit Card anda kena isi maklumat kad anda. Pilih “Save Card” untuk penggunaan akan datang.

7. Manakala, kalau pilih FPX Online Banking di paparan akan keluar senarai bank. Pilih dan tekan bank pilihan anda. Anda akan dibawa ke page login bank.

8. Masukkan nombor OTP yang dihantar oleh bank dipilih.

9. Tekan pada butang “Submit”.


Senarai Lokasi Pemasangan RFID 2022

Anda boleh beli dan dapatkan RFID Touch n Go di lokasi-lokasi yang terpilih seperti dibawah;-

- Touch ‘n Go eWallet

- Portal Touch n GO RFID 

- Bonuslink

- Lazada

- Shopee

- Watsons

- Shell

- BHP Petrol


Harga & Cara Pembelian Tag RFID 2022

Cara Topup RFID Malaysia 2022 Online (Harga & Lokasi Pemasangan)

1. Sila ke pautan RFID Touch n Go secara online untuk membuat pembelian di https://rfid.touchngo.com.my/buy-rfid-tag

2. TERKINI: Harga RFID 2022 yang dijual di laman web rasmi Touch n Go adalah RM35.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan RFID Malaysia, sila layari https://rfid.touchngo.com.my/main.

Semoga perkongsian Cara Topup RFID Malaysia secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.