Cara Daftar Wahed Invest Malaysia 2024 (Withdraw)



Cara Daftar Wahed Invest Malaysia 2024 (Withdraw)|ANDA ingin daftar dan labur Wahed Invest Malaysia? Bagaimana cara daftar akaun Wahed Invest bagi tahun 2024? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara daftar dan withdraw akaun Wahed Invest Malaysia tahun 2024. Berikut dikongsikan Cara Daftar Wahed Invest Malaysia 2024 buat rujukan anda.

Cara Daftar Wahed Invest Malaysia 2022 (Withdraw)

Sedia maklum, Wahed Invest merupakan sebuah firma pelaburan yang berpusat di Amerika Syarikat. Ia adalah penasihat robo (robo advisor) yang pertama yang bertujuan untuk menjadi pelabur Islam dengan platform patuh Syariah. Selain dibangunkan pada tahun 2015, Wahed Invest juga mempunyai pejabat di Malaysia yang berfungsi sebagai hab serantau untuk operasi Wahed Invest di Asia Pasifik.


Cara Daftar Wahed Invest Malaysia 2024 (Withdraw)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar Wahed Invest Malaysia termasuk syarat kelayakan, cara withdraw dan dividen:


Syarat Kelayakan Buka Akaun Wahed Invest Malaysia

Berikut ialah mengenai penerangan ringkas sebelum anda buka akaun Wahed Invest Malaysia:

- Anda perlu buat soal selidik sendiri mengenai penilaian risiko sendiri

- Apabila anda berjaya selesai soal selidik ini, anda akan dicadangkan untuk portfolio optimum yang bersesuaian berdasarkan dengan jawapan anda pada soal selidik itu.

- Sekiranya anda berpuas hati dengan peruntukan portfolio ini, anda boleh meneruskan untuk menyempurnakan pendaftaran Wahed Invest Malaysia secara online.


Cara Daftar Wahed Invest Malaysia 2024

Berikut dikongsikan cara register akaun Wahed Invest Malaysia menerusi Aplikasi Wahed Invest:

1. Bagi mendapatkan RM20 secara percuma bagi kali pertama pendaftaran, pada bahagian “Do you have a referral code?“, masukkan Referral Code ini semasa proses pendaftaran: lokhak13

2. Anda boleh download Aplikasi Wahed Invest di Google Play Store untuk Android atau di App Store untuk iOS.

3. Buka aplikasi tersebut dan tekan "Get Started".

Cara Daftar Wahed Invest Malaysia 2022 (Withdraw)

4. Kemudian, anda akan tiba di laman pertama untuk membuat pendaftaran akaun. Masukkan alamat emel dan password yang anda inginkan.

5. Anda buka emel anda dan akan mendapat kod pengesahan daripada aplikasi ini.

6. Pada Verification Code, masukkan kod pengesahan yang anda dapat pada emel anda. Kemudian, tekan Verify.

7. Pada laman seterusnya, tekan butang Enable Notifications untuk terima notifikasi Wahed Invest Malaysia.

8. Pada soalan Where do you live?, masukkan Malaysia. Untuk soalan Are you a US citizen, resident, or green card holder?, tekan No.

9. Pada laman seterusnya, soalan What portfolio suits you best? Soalan ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri pelaburan yang sesuai dengan anda. Tekan butang Next.

10. Anda perlu jawab kesemua soalan yang dipaparkan.

11. Pada What is your age group?, pilih kumpulan umur anda. Pada What are you investing for?, pilih tujuan anda ingin melabur.

12. Pada What is your monthly income?, pilih pendapatan bulanan anda (bagi yang bekerja dan tidak bekerja). Pada How much do you have in savings?, pilih jumlah yang sama dengan baki terkini simpanan anda.

13. Pada Your income sources (current and future) are:, pilih sumber pendapatan anda, kini dan masa depan. Pada How familiar are you with investing?, pilih sejauh mana anda tahu mengenai pelaburan.

14. Pada Describe your attitude towards investing?, pilih bagaimana anda mahu berhadapan dengan setiap situasi dalam fasa perlaburan, sama ada anda sanggup menghadapi kerugian, anda mahukan kejayaan segera dan sebagainya.

15. Pada What would you do if you lost 10% in a year?, pilih apa yang anda akan lakukan sekiranya anda kerugian 10% dalam masa setahun.

16. Pada laman seterusnya, cadangan portfolio yang sesuai dengan anda akan tertera. Anda boleh tekan View Portfolio Details untuk melihat perincian portfolio anda.

17. Pada Portfolio Details, akan tertera prestasi pelaburan anda, dari segi peratusan purata pulangan.

18. Tekan Portfolio Details. Anda akan melihat kategori peruntukan seperti emas dan juga stok Malaysia dalam Wahed Invest. Tekan Select This Portfolio.

19. Pada laman seterusnya, tekan Create My Account.

20. Untuk laman seterusnya, masukkan "First Name" dan "Last Name".

21. Pada laman seterusnya, untuk What is your birth date?, masukkan tarikh lahir anda. Kemudian, pilih sama ada rumah anda ialah rumah apartment/rumah flat (Apartment), atau rumah sebiji untuk House.

22. Masukkan nombor telefon anda pada ruangan Phone Number. Anda akan mendapat SMS daripada Wahed yang mengandungi kod pengesahan.

23. Masukkan kod pengesahan ini di "Verification Code". Pada laman seterusnya, terdapat beberapa soalan yang anda perlu tanda.

24. Untuk soalan pertama, tandakan Yes, menandakan bahawa anda ialah Warganegara Malaysia atau penduduk tetap.

25. Pada soalan kedua, tandakan Yes atau No, untuk soalan sama ada anda memegang status sebagai penduduk tetap di mana-mana negara selain Malaysia. Pada soalan ketiga, tandakan Yes, bahawa anda sedang menetap di Malaysia.

26. Pada Choose your gender (jantina) dan Marital Status (status perkahwinan).

27. Pada Children, pilih jumlah anak anda.

28. Kemudian, pada laman seterusnya, tick pada "I accept all terms and agreements".

29. Tekan butang "Open My Account". Tahniah pendaftaran akaun Wahed Invest anda sudah berjaya!


Cara Withdraw Duit Wahed Invest Malaysia 2024

1. Pertama kali, anda perlu buka aplikasi Wahed Invest terlebih dahulu.

2. Kemudian, klik Funding di bahagian bawah dan tekan butang "Withdrawal".

3. Pilih samada Partial atau Full untuk proses withdrawal.

4. Masukkan jumlah atau amaun yang dikehendaki dan kemudian klik pada "Continue".

5. Seterusnya, masukkan maklumat bank anda seperti nama penuh, nama bank dan nombor akaun bank.

6. Klik tekan "Continue". Selesai permohonan withdrawal anda dan tunggu pembayaran masuk ke akaun bank anda!


Senarai Dividen Wahed Invest Malaysia 2024

*Akan dikemaskini

Semoga perkongsian Cara Daftar Wahed Invest Malaysia tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.