Semakan Jadual Penerbangan Haji 2019

Semakan Jadual Penerbangan Haji 2019|ADAKAH anda membuat permohonan menunaikan ibadah Haji tahun 2019/ 1440 H? Bilakah semakan jadual penerbangan Haji bagi tahun 2019? Untuk makluman anda, kini jemaah Haji boleh membuat semakan jadual penerbangan Haji menerusi aplikasi THiJARI 2.0 dan Tabung Haji Contact Centre (THCC). Selain itu, aplikasi THiJARI juga boleh membuat semakan status pendaftaran dan tawaran haji, mengemaskini akaun dan sebagainya.

Semakan Jadual Penerbangan Haji 2018

Lazimnya penerbangan ke Tanah Suci akan bermula pada 1 Zulkaedah tahun semasa sehingga 3 Zulhijjah. Manakala penerbangan balik dijangka bermula pada 16 Zulhijjah sehingga 14 Muharram tahun semasa. Menerusi Portal Rasmi TH, penerbangan pertama jemaah musim haji 1439H/2018 adalah pada 14 Julai 2018. Manakala, penerbangan pertama pulang pula dijangka pada 29 Ogos 2018.

Semakan Jadual Penerbangan Haji 2019

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara semakan jadual penerbangan Haji tahun 2019 buat panduan anda:

Cara Semakan Jadual Penerbangan Haji 2019

A. Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Untuk mendapatkan maklumat penerbangan haji, sila hubungi TH Contact Centre (THCC) di talian 03 - 6207 1919.

B. Aplikasi ThiJARI

Boleh muat turun aplikasi ThiJARI menerusi Google Play dan App Store secara percuma.

Stesen Perlepasan Penerbangan Haji

Antara stesen-stesen perlepasan penerbangan Haji adalah seperti berikut:

No         Stesen-Stesen Perlepasan

1. Kompleks Haji & TH Hotel Kelana Jaya
2. Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai
3. Kompleks Haji & TH Hotel Penang
4. TH Hotel & Convention Centre Alor Setar
5. TH Hotel & Convention Centre
    Terengganu
6. Stesen Lapangan Terbang Sultan Ismail
    Petra, Kota Bharu
7. TH Hotel Kota Kinabalu
8. Lapangan Terbang Antarabangsa,
    Kuching

Artikel berkaitan:
👉 Jadual dan Lokasi Kursus Asas Haji 2019
👉 Kadar Dividen dan Bonus Tabung Haji


Cara Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat penerbangan jemaah haji bagi musim haji semasa, sila hubungi TH Contact Center (THCC) di talian 03 - 6207 1919.

Semoga perkongsian Semakan Jadual Penerbangan Haji 2019 ini dijadikan panduan buat semua jemaah Haji!

1 comment:

  1. bagaimana cara nk semak bile tarikh penerbangan haji ek?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.