Pendaftaran KISS 2021 Online (Kasih Ibu Smart Selangor)



Pendaftaran KISS 2021 Online (Kasih Ibu Smart Selangor)|BILAKAH tarikh permohonan bantuan Kasih Ibu Smart Selangor tahun 2021 bakal dibuka? Sedia maklum, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) diperkenalkan oleh kerajaan Selangor yang khususnya kepada golongan ibu yang berpendapatan rendah dibawah RM2,000 sebulan. Untuk makluman anda, permohonan Kasih Ibu Smart Selangor 2021 boleh dibuat secara online melalui laman sesawang https://www.kiss.com.my

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1Malaysia Online
👉 Permohonan Skim Smart Sewa Selangor

Pendaftaran Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018 Online

Objektif bantuan ini diperkenalkan adalah untuk membantu para ibu di negeri Selangor yang berpendapatan isi rumah dibawah RM2,000 sebulan, ibu tunggal dan wanita yang tidak berkahwin tetapi menjaga ibu bapa yang layak memohon. Melalui program ini, ibu di negeri Selangor layak menerima bantuan sebanyak RM 200 setiap bulan atau RM 2,400 setahun kepada 30,000 penerima.

Pendaftaran KISS 2021 Online (Kasih Ibu Smart Selangor)

Berikut dikongsikan maklumat penting cara permohonan KISS Selangor termasuk syarat kelayakan permohonan dan manfaat bantuan:

Cara Pendaftaran Kasih Ibu Smart Selangor 2021 Online

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi KISS secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 www.kiss.com.my

ATAU:-
Secara manual :
Borang pendaftaran boleh di muat turun dari laman web DISINI atau boleh diambil di :

1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras
    Dewan Negeri
2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras
    Parlimen
3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi,
    Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua
    Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
4. Pusat Wanita Berdaya

Pendaftaran Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018 Online

Syarat Kelayakan Kasih Ibu Smart Selangor 2021

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) tahun 2021:

1.  Warganegara Malaysia; dan
2.  Lahir di Selangor atau menetap di
     Selangor melebihi 10 tahun ; dan
3.  Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
     dan
4.  Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu      tunggal) yang mempunyai
     anak/tanggungan di bawah umur 21
     tahun; dan
5.  Pendapatan isi rumah di bawah RM
     2,000 sebulan.

Pendaftaran Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018 Online


Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Rumah Selangorku LPHS Online
👉 Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03 - 5525 6600 atau no. faks di 03 - 5525 6900.

Selamat membuat pendaftaran Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) tahun 2021 secara online!

No comments

Powered by Blogger.