Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2020 Online (Semakan Status)



Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2020 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur bakal dibuka? Perhatian buat anda golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Untuk makluman anda, permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2020 boleh dibuat dengan mendapatkan borang permohonan di Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur Online buat rujukan anda.

Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2020 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur merupakan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran motosikal yang juga salah satu initiatif Kerajaan melalui TEKUN Nasional untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP.

Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2020 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur termasuk syarat kelayakan permohonan, dokumen penting, jumlah pembiayaan dan semakan status:

Cara Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur

1. Peserta boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.
ATAU:

2. Anda juga boleh muat turun borang permohonan Tekun Mobilepreneur menerusi pautan seperti dibawah:
KLIK 👉 Borang JPP01 – Senarai Semak
KLIK 👉 Borang JPP 02 – Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN

3. Maklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari melalui link berikut:
KLIK 👉 www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2020 Online (Semakan Status)

Syarat Kelayakan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur

Antara Syarat Kelayakan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
2. Berumur 18 – 60 tahun
3. Pemohon bukan seorang yang muflis
4. Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar
5. Mempunyai motorsikal sendiri yang berdaftar & sah
6. Terlibat secara langsung / separuh masa dalan aktiviti perniagaan
7. Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma & syarat-syarat yanh dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
8. Pemohon yang mendapat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-hailing adalah diberi keutamaan.

Jumlah Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur

- Nilai Pembiayaan maksimum sehingga RM10,000

Tempoh Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur

- Tempoh bayaran balik pembiayaan 1 tahun 6 bulan tempoh penangguhan

Senarai Dokumen Penting Yang Diperlukan

1. Borang permohonan pembiayaan (JPP01 & JPP02)
2. Gambar pemohon ukuran passport
3. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang
4. Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama & transaksi terakhir)
5. Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon)
6. Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
7. Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal)
8. Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
9. Salinan geran motosikal pemohon
10. Salinan cukai jalan motosikal yang sah 11. Surat Sokongan Syarikat eHailing
12. Peta lokasi rumah dari pejabat TEKUN cawangan yang berdekatan

Semakan Status Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur Online

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, peserta boleh melayari laman web TEKUN Nasional di www.tekun.gov.my.

Semoga perkongsian Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2020 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.