Permohonan Rumah Mampu Milik Sabah 2022 Online (Kos Rendah & SPRP)



Permohonan Rumah Mampu Milik Sabah 2022 Online (Kos Rendah & SPRP)|ADAKAH ingin memiliki Rumah Mampu Milik Sabah? Panduan buat anda rakyat Sabah yang berminat dan ingin memiliki Rumah Mampu Milik Sabah tahun 2022 sebagai rumah pertama sendiri. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Sabah 2022 Online buat rujukan anda.

Permohonan Rumah Mampu Milik Sabah 2022 Online (Kos Rendah & SPRP)


Sedia maklum, bagi penduduk Sabah yang ingin memiliki rumah sendiri, terdapat  beberapa skim program bantuan rumah mampu milik yang ditawarkan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar (LPPB) Negeri Sabah. Antara senarai Skim perumahan yang ditawarkan LPPB Sabah adalah Rumah Kos Rendah (Sewa/Beli), Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPPUGBR), Skim Pinjaman Rumah Panjang (SPRP), Rumah Mampu Milik dan Rumah Kos Tinggi.


Permohonan Rumah Mampu Milik Sabah 2022 Online (Kos Rendah & SPRP)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Sabah termasuk syarat kelayakan dan semakan status:


Senarai Skim Perumahan Yang Ditawarkan LPPB Sabah

Berikut adalah Senarai Skim perumahan yang ditawarkan LPPB Sabah:

1. Rumah Kos Rendah (Sewa/Beli)

2. Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPPUGBR)

3. Skim Pinjaman Rumah Panjang (SPRP)

4. Rumah Mampu Milik

5. Rumah Kos Tinggi


Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Sabah 2022 (Kos Rendah/ SPPUGBR/ SPRP)

1. Rumah Kos Rendah (Sewa/Beli) – RUJUK DISINI 

2. Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPPUGBR) – RUJUK DISINI 

3. Skim Pinjaman Rumah Panjang (SPRP) – RUJUK DISINI

4. Rumah Mampu Milik – akan dikemaskini

5. Rumah Kos Tinggi – akan dikemaskini


Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Sabah 2022

Antara Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Sabah 2022 adalah seperti berikut:

A. Rumah Kos Rendah (Sewa/Beli)

- Warganegara Malaysia (keutamaan Penduduk asal Sabah)

- Berumur 18 tahun ke atas pada waktu memohon

- Sudah berkeluarga atau bujang tetapi menanggung keluarga

- Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak kurang RM750.00 dan tidak melebihi RM3,000 sebulan

- Tidak memiliki rumah kediaman sendiri

- Tidak memiliki tanah sendiri

B. Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPPUGBR)

- Warganegara Malaysia (keutamaan Penduduk asal Sabah);

- Umur 21 hingga 60 tahun;

- BUKAN kakitangan Kerajaan;

- Pendapatan isirumah di antara RM750-RM2500 sebulan;

- Pemohon belum mempunyai rumah sendiri;

- Peminjam mesti mempunyai tanah untuk tapak rumah yang akan digunakan sebagai cagaran;

- Peminjam wajib mengambil skim perlindungan insurans (takaful);

- Peminjam wajib menamakan Pewaris yang akan meneruskan bayaran sekiranya peminjam tidak mampu lagi membuat bayaran.

C. Skim Pinjaman Rumah Panjang (SPRP)

- Warganegara Malaysia (Bumiputera Sabah) yang berpendapatan rendah.

- Bagi semua golongan yang bekerja sendiri termasuk kakitangan kerajaan.

- Bekeluarga & belum memiliki rumah / rumah panjang (adalah diberi keutamaan).

- Jumlah pendapatan isi rumah (suami & isteri) minima RM1,000 – maksima RM3,000 sebulan.

- Jumlah pinjaman minima adalah RM50,000 dan nilai maksima tidak melebihi RM75,000 bagi satu peminjam. (Tidak termasuk perlindungan insurans).

- Jumlah minima komuniti rumah panjang adalah 10 rumah dalam satu komuniti / 10 peminjam.

- Tempoh bayaran balik maksima 30 tahun atau sehingga peminjam berumur 60 tahun.

- Berumur di antara 21 tahun hingga 60 tahun. (Ditawarkan pakej pinjaman 2 generasi sebagai pilihan bagi peminjam yang berumur 45 hingga 60 tahun dengan mengambil kira umur pewaris / penjamin yang lebih muda.

D. Rumah Mampu Milik – akan dikemaskini

E. Rumah Kos Tinggi – akan dikemaskini


Semakan Status Rumah Mampu Milik Sabah 2022

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan rumah mampu milik Negeri Sabah, anda boleh layari Portal Rasmi Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar di http://www.lppb.gov.my/

Semoga perkongsian Permohonan Rumah Mampu Milik Sabah tahun 2022 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.